Monday, 6 April 2015

Aksi Patito JDT vs ATM : 2 assist 04/04/2015

JDT : Farizal , Asra , Fadhli Shas , Marcos , S Kunalan , Hariss , Shakir , Safiq , Amri , Patito , Safee .

            Bojan sekali lagi meletakkan Safee Sali di kesebelasan utama JDT , dan seperti dijangka kehadiran Safee hanya bebanan untuk skuad JDT , aksi mengecewakan Safee dalam perlawanan ini sewajarnya memberi isyarat yang jelas kepada Bojan memperjudikan nasib JDT dgn meletakkan pemain yang sudah tidak berada di kemuncak prestasi bakal menghukum JDT dan mungkin bakal merencatkan peluang JDT mempertahankan kejuaraan liga .


           Hujan lebat yang turun sebelum perlawanan menjadikan keadaan padang basah dan ini telah menyukarkan permainan kedua-dua pasukan di babak pertama perlawanan , namun beberapa gerakan Patito ternyata berjaya menghiburkan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Larkin.


          JDT yang jelas tempang di bahagian hadapan dgn Safee di hadapan dikejutkan dgn gerakan Mat Yo pada minit 22  dari sebelah kanan yang berjaya menghantar bola di hadapan pintu gol JDT yang mudah ditolak Jerry Palacios untuk menewaskan Farizal .
Aksi Patito yang tampak sudah mula serasi dengan permainan JDT ternyata bakal banyak membantu serangan JDT selepas ini yang terbukti longlai ketika pertemuan dgn Sime Darby tempoh hari yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya memberi mata pertama untuk Sime Darby yang masih selesa di tangga terbawah liga selepas 6 perlawanan.


           Walaupun sentuhan Safee banyak yang mengecewakan di dalam kawasan ATM , namun permainan Patito , Amri & Safiq ternyata tidak mengecewakan , setelah beberapa serangan JDT berjaya dipatahkan barisan pertahanan ATM yang diterajui Obinna Nwaneri , pada minit ke 32 hantaran mengelirukan dari Patito dari tengah padang tepat ke kaki Amri , ketenangan dan pengalaman Amri jelas banyak membantu didalam gerakan ini yang menyaksikan Amri dengan mudah menhadiahkan gol penyamaan untuk JDT.


          Aksi separuh masa kedua bermula dengan JDT mengeluarkan Safee dan memasukkan pemain terbaru Alhaji Kamara pemain yang dipinjam dari IFK Norrkoping , dengan keadaan fizikal dan larian pantas beliau Alhaji ternyata pilihan lebih baik berbanding Safee , beberapa kali gerakan beliau ternyata mampu menggusarkan B. Sathianathan . Gerakan serangan JDT lebih tersusun di babak kedua ,  Alhaji memainkan peranan dengan baik untuk mengkucar kacirkan barisan belakan ATM , beberapa gerakan yang menyaksikan Patito hampir menambah gol namun sepakannya hanya mengegar tiang gol ATM . 


        Gol yang ditunggu puluhan ribu peminat JDT akhirnya tiba pada minit 57 , gerakan solo Patito dari sebelah kiri bijak membuka ruang untuk Safiq Rahim yang tenang membuat lorongan cantik ke sebelah kanan menewaskan penjaga gol ATM.

       Permainan kedua-dua pasukan saling menyerang sehingga ke hujung permainan , namun kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. 3 mata untuk JDT , 11 mata selepas 6 perlawanan sama seperti Perak , Selangor , Felda & Terengganu , ketinggalan 1 mata di belakang pendahulu liga PDRM.



Sunday, 22 March 2015

Patito meledak 4 gol pada penampilan sulung bersama Johor.



Perlawanan pertama yang membabitkan Patito bersama pasukan Johor FA , perlawanan persahabatan menentang Maju FC berkesudahan dengan keputusan 9-0 , kemenangan berpihak kepada Johor FA , perlawanan yang turut membabitkan TMJ yang turun dengan jersi favourite beliau nombor 84 .
Patito meledak 4 gol pada minit 24',25',38' & 72' .

Keputusan penuh perlawanan .
JOHOR FA [ 9 ]-[ 0 ] MAJU FC
Martin 8', 19'
Boban 22'
Patito 24', 25', 38', 72'
Bojan 63'
Marcos 75'

Aksi profesional pertama Patito bersama JDT dijangka boleh disaksikan pada 4 Apr menentang ATM di Larkin.


Saturday, 21 March 2015

Friday, 20 March 2015

Patito Rodríguez pemain terbaru JDT .

Patito Rodríguez pemain terbaru JDT .

Patricio Julián Rodríguez lahir pada 4 Mei 1990 berasal dari Argentina , juga dikenali sebagai Pato Rodríguez atau Patito Rodríguez , pemain terbaru skuad Harimau Selatan , pemain ini dipinjamkan kepada JDT dari pasukan Santos (Brazil) .


Independiente 
Beliau dilahirkan di Quilmes , pada usia 10 tahun (2000) menyertai pasukan remaja Indepediente di Argentina. Penampilan sulung bersama Indepediente pada 10 Feb 2008 , pasukannya tewas kepada 0-1 Lanus . 15 Mac 2008 berjaya membantu jaringan Germán Denis ketika pasukannya menewaskan Gimnasia La Plata . 5 Apr diletakkan didalam kesebelasan utama ketika menentang Colón (1-3) 
30 Ogos 2009, Rodríguez menjaringkan gol profesional pertama dan kedua untuk Indepidiente ketika menewaskan Atlético Tucumán 4-2.

Santos 
Pada 20 Julai, 2012 Rodríguez menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab Santos , Brazil . Pada 11 Ogos, beliau membuat penampilan sulung utk kelab barunya dan menjaringkan gol pertama ketika seri 2-2 menentang Atlético-GO.

Pada 31 Julai 2013, beliau kembali ke Argentina setelah dipinjamkan kepada Estudiantes de La Plata . Pada musim panas 2014 kembali ke pasukan asalnya Santos ,namun jarang digunakan.


Pada 19 februari 2015 Rodríguez dipinjamkan kepada JDT sehingga November .
Sumbangan Patito pasti diharap mampu menampung kehilangan Diaz .