JDT : Farizal , Asra , Fadhli Shas , Marcos , S Kunalan , Hariss , Shakir , Safiq , Amri , Patito , Safee .
Bojan sekali lagi meletakkan Safee Sali di kesebelasan utama JDT , dan seperti dijangka kehadiran Safee hanya bebanan untuk skuad JDT , aksi mengecewakan Safee dalam perlawanan ini sewajarnya memberi isyarat yang jelas kepada Bojan memperjudikan nasib JDT dgn meletakkan pemain yang sudah tidak berada di kemuncak prestasi bakal menghukum JDT dan mungkin bakal merencatkan peluang JDT mempertahankan kejuaraan liga .
Hujan lebat yang turun sebelum perlawanan menjadikan keadaan padang basah dan ini telah menyukarkan permainan kedua-dua pasukan di babak pertama perlawanan , namun beberapa gerakan Patito ternyata berjaya menghiburkan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Larkin.
JDT yang jelas tempang di bahagian hadapan dgn Safee di hadapan dikejutkan dgn gerakan Mat Yo pada minit 22 dari sebelah kanan yang berjaya menghantar bola di hadapan pintu gol JDT yang mudah ditolak Jerry Palacios untuk menewaskan Farizal .
Aksi Patito yang tampak sudah mula serasi dengan permainan JDT ternyata bakal banyak membantu serangan JDT selepas ini yang terbukti longlai ketika pertemuan dgn Sime Darby tempoh hari yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya memberi mata pertama untuk Sime Darby yang masih selesa di tangga terbawah liga selepas 6 perlawanan.
Walaupun sentuhan Safee banyak yang mengecewakan di dalam kawasan ATM , namun permainan Patito , Amri & Safiq ternyata tidak mengecewakan , setelah beberapa serangan JDT berjaya dipatahkan barisan pertahanan ATM yang diterajui Obinna Nwaneri , pada minit ke 32 hantaran mengelirukan dari Patito dari tengah padang tepat ke kaki Amri , ketenangan dan pengalaman Amri jelas banyak membantu didalam gerakan ini yang menyaksikan Amri dengan mudah menhadiahkan gol penyamaan untuk JDT.
Aksi separuh masa kedua bermula dengan JDT mengeluarkan Safee dan memasukkan pemain terbaru Alhaji Kamara pemain yang dipinjam dari IFK Norrkoping , dengan keadaan fizikal dan larian pantas beliau Alhaji ternyata pilihan lebih baik berbanding Safee , beberapa kali gerakan beliau ternyata mampu menggusarkan B. Sathianathan . Gerakan serangan JDT lebih tersusun di babak kedua , Alhaji memainkan peranan dengan baik untuk mengkucar kacirkan barisan belakan ATM , beberapa gerakan yang menyaksikan Patito hampir menambah gol namun sepakannya hanya mengegar tiang gol ATM .
Gol yang ditunggu puluhan ribu peminat JDT akhirnya tiba pada minit 57 , gerakan solo Patito dari sebelah kiri bijak membuka ruang untuk Safiq Rahim yang tenang membuat lorongan cantik ke sebelah kanan menewaskan penjaga gol ATM.
Permainan kedua-dua pasukan saling menyerang sehingga ke hujung permainan , namun kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. 3 mata untuk JDT , 11 mata selepas 6 perlawanan sama seperti Perak , Selangor , Felda & Terengganu , ketinggalan 1 mata di belakang pendahulu liga PDRM.
No comments:
Post a Comment